Monday, October 24, 2011

Tragedi Oktober

Salam. Harini aku nak cita pasal bulan oktober, dalam bulan oktober ni banyak kejadian sedih dan gembira berlaku. Antaranya kalau korang tau kes budak cina 2 tahun dilanggar tanpa dihiraukan orang ramai yang berlaku kat china tu. Kejadian yang berlaku dekat Foshan daerah Gaungdong itu telah menggemparkan seluruh dunia. Yue Yue, budak 2 tahun itu dilanggar van kemudian digilis sebanyak dua kali dan sebuah lori. Budak malang yang mengalami kecederaan parah itu tidak dihiraukan orang ramai walaupun seramai 18 orang melalui tempat itu, tiada satu pun yang menolong budak malang itu. Akhirnya, budak malang itu ditolong oleh seorang pengutip sampah yang dikenali sebagai  Chen Xianmei, 57 tahun yang meletakkan budak malang itu ditepi jalan sebelum disedari ibunya. Kejadian itu telah menimbulkan kemarahan orang ramai yang menonton video itu yang dirakam melalui cctv yang tersebar luas di internet. Kesimpulan daripada kejadian ini membuktikan bahawa dunia sudah berada dilandasan akhir zaman dan tiada sikap keperihatinan terhadap manusia. 

               
Zaman sekarang ni nampaknya binatang yang lebih berperikemanusiaan. Manusia yang berperikebinatangan. Inilah salah satu contoh dunia berada dilandasan akhir zaman. Dalam kelompok haiwan tiada yang berperangai manusia, dalam kelompok manusia ada yang berperangai haiwan. Renung2 kan.   


                   
Muammar Gaddafi

Tragedi kedua yang berlaku pada bulan oktober ini ialah perginya seorang pemimpin yang memerintah sebuah negara Libya selama 40 tahun. Pemimpin islam yang dikenali sebagai Muammar Gaddafi itu mati dibunuh oleh rakyat sendiri. 


                         Antara kereta2 kesayangan Gaddafi

Kereta ini mampu bergerak sejauh 980 kilometer walaupun dalam keadaan tayar pancit.



                                                     Marco Simoncelli


Tragedi ketiga yang berlaku ialah berita kemautan Marco Simoncelli yang berlaku dilitar Antarabangsa Sepang. Kejadian ini telah menggempar dunia pemotoran diseluruh dunia. Marco Simoncelli yang maut akibat dirempuh oleh Valentino Rossi mengalami kecederaan parah di kepala dan tulang belakang. Marco Simoncelli yang lebih dikenali sebagai rambut afro nya meninggal dunia pada hari ahad jam 4 : 56 petang.


                                    
                    Kemalangan yang telah mengakibatkan Simoncelli maut.

                                                                     Marco Simoncelli # 58

        Kesimpulannya, lumba yang halal pun boleh maut apatah lagi lumba haram..Renung2 kan..



Friday, October 21, 2011

Lens Hood

Hobi aku snap gambar. Aku baru menceburi dalam bidang photographer ni sejak 2 tahun yang lalu. Jadi, banyak jugak la pengalaman yang aku ada. Harini aku nak kongsi sikit pasal lens hood. Aku baru guna lens hood ni. Kalau tengok dari mata kasar  lens hood tu menampakkan kamera tu gempak. Banyak photographer pro memperdebatkan lens hood. Ada yang kata lens hood tu wajib dimiliki, ada jugak kata lens hood tu tidak penting.




Kelebihan lens hood ialah dapat mencegah cahaya agar tidak mengenai elemens lens bahagian depan secara langsung. Lens hood juga dapat mengurangkan contrast. Biasanya, gambar yang diambil menggunakan lens hood akan lebih cantik warnanya dan memiliki saturation yang lebih dalam. Manfaat lain dari lens hood juga dapat mengelakkan lens rosak..



                                                Kelebihan Lens Hood ::

- Dapat menahan cahaya agar tidak terjadi flaring
- Sebagai pelindung lens
- Mengurangkan vignetting
- Lens hood sangat berguna ketika matahari datang dari tepi

Kekurangan Lens Hood ::
- Susah untuk memasang/membuka penutup lens,filter
- Jika terkena benda keras, thread lens akan rosak




Antara jenis2 Lens Hood