Monday, October 24, 2011

Tragedi Oktober

Salam. Harini aku nak cita pasal bulan oktober, dalam bulan oktober ni banyak kejadian sedih dan gembira berlaku. Antaranya kalau korang tau kes budak cina 2 tahun dilanggar tanpa dihiraukan orang ramai yang berlaku kat china tu. Kejadian yang berlaku dekat Foshan daerah Gaungdong itu telah menggemparkan seluruh dunia. Yue Yue, budak 2 tahun itu dilanggar van kemudian digilis sebanyak dua kali dan sebuah lori. Budak malang yang mengalami kecederaan parah itu tidak dihiraukan orang ramai walaupun seramai 18 orang melalui tempat itu, tiada satu pun yang menolong budak malang itu. Akhirnya, budak malang itu ditolong oleh seorang pengutip sampah yang dikenali sebagai  Chen Xianmei, 57 tahun yang meletakkan budak malang itu ditepi jalan sebelum disedari ibunya. Kejadian itu telah menimbulkan kemarahan orang ramai yang menonton video itu yang dirakam melalui cctv yang tersebar luas di internet. Kesimpulan daripada kejadian ini membuktikan bahawa dunia sudah berada dilandasan akhir zaman dan tiada sikap keperihatinan terhadap manusia. 

               
Zaman sekarang ni nampaknya binatang yang lebih berperikemanusiaan. Manusia yang berperikebinatangan. Inilah salah satu contoh dunia berada dilandasan akhir zaman. Dalam kelompok haiwan tiada yang berperangai manusia, dalam kelompok manusia ada yang berperangai haiwan. Renung2 kan.   


                   
Muammar Gaddafi

Tragedi kedua yang berlaku pada bulan oktober ini ialah perginya seorang pemimpin yang memerintah sebuah negara Libya selama 40 tahun. Pemimpin islam yang dikenali sebagai Muammar Gaddafi itu mati dibunuh oleh rakyat sendiri. 


                         Antara kereta2 kesayangan Gaddafi

Kereta ini mampu bergerak sejauh 980 kilometer walaupun dalam keadaan tayar pancit.



                                                     Marco Simoncelli


Tragedi ketiga yang berlaku ialah berita kemautan Marco Simoncelli yang berlaku dilitar Antarabangsa Sepang. Kejadian ini telah menggempar dunia pemotoran diseluruh dunia. Marco Simoncelli yang maut akibat dirempuh oleh Valentino Rossi mengalami kecederaan parah di kepala dan tulang belakang. Marco Simoncelli yang lebih dikenali sebagai rambut afro nya meninggal dunia pada hari ahad jam 4 : 56 petang.


                                    
                    Kemalangan yang telah mengakibatkan Simoncelli maut.

                                                                     Marco Simoncelli # 58

        Kesimpulannya, lumba yang halal pun boleh maut apatah lagi lumba haram..Renung2 kan..



No comments:

Post a Comment