Setelah menghabiskan masa hampir 30 minit di pekan Temoh, saya bergerak pula ke sebuah pekan lama yang cuma menunggu masa untuk mati. Pekan Temoh Stesen merupakan pekan kecil yang terletak tidak jauh dari pekan Temoh. Kewujudan pekan ini mungkin dikaitkan dengan kewujudan stesen keretapi Temoh pada suatu ketika dahulu.Namun kini stesen keretapi itu sudah ditutup. Hanya tinggal landasan sahaja yang masih tersisa.
Jalan masuk ke Pekan Temoh Stesen |
Deretan rumah kedai yang terbakar.. tinggal sepi |
Antara kedai kedai yang masih menjalankan operasi |
Pemandangan Pekan Temoh |
Temoh Stesen, pekan yang semakin menuju hari akhirnya. Saya pasti suatu ketika dahulu pekan ini meriah dengan pelbagai aktiviti penduduknya. Ditambah pula dengan kegiatan melombong bijeh timah dan tanaman getah yang giat diusahakan menjadikan pekan ini hidup. Kewujudan sebuah stesen keretapi membuktikan kenyataan ini. Namun sejak akhir tahun 90an banyak stesen-setesen keretapi di daerah Batang Padang telah ditutup. Mungkin atas alasan kekurangan penumpang. Antara stesen-stesen yang ditutup ialah stesen Trolak, Ladang Bikam, Bidor, Banir dan Temoh Stesen. Ini seterusnya menjadikan pekan ini terus mati dan seakan-akan misteri.
Tidak ada kemudahan pejabat-pejabat kerjaan di pekan ini. Kemudahan pejabat pos hanya boleh didapati di pekan Temoh. Barisan rumah kedai di pekan ini agak suram. Ada sebahagiaanya sudah musnah akibat kebakaran. Tidak banyak kedai yang beroperasi. Cuma beberapa kedai sahaja yang terus memberikan perkhidmatan urusan jual beli kepada penduduk tempatan.
Masjid Jamek As-Solehin Temoh Stesen. Saya pernah bersolat Jumaat di sini kira-kira 7 tahun yang lalu ketika saya berumur 8 tahun |
Sebenarnya kunjungan saya ke Temoh Stesen adalah untuk melihat tinggalan-tinggalan stesen keretapinya. Namun saya pulang hampa kerana stesen berkenaan sudah tiada. Projek landasan berkembar bagi perjalanan Komuter dari Kuala Lumpur ke Ipoh telah membunuh banyak tinggalan - tinggalan sejaran stesen berkenaan. Namun saya sedar ... ia adalah harga yang paling mahal perlu kita bayar untuk sesuatu yang bernama kemodenan. Jiwa klasik saya seakan-akan bermusuhan dengan realiti kemodenan ... namun ia adalah hakikat bahawa yang lama itu sudah pasti berganti baru.
Saya bergerak meninggalkan Temoh Stesen ketika matahari sudah merangkak petang. Saya akan menuju ke Tapah Road... sebuah lagi pekan lama namun penuh bersejarah. Ketika melewati meninggalkan pekan Temoh Stesen, saya dapat merasakan sebuah kehilangan .... kehilangan sebuah lagi pekan tua yang beraroma tua akibat arus kemodenan.
PEKAN TEMOH : Sebuah Pekan Mati Yang Telah Membongkar 1001 Khazanah Kehidupan Yang Tidak Boleh Dibeli Dengan Ringgit Malaysia
salam... mohon sdra letakkan kredit catatan ni diambil dari Blog saya... ini merupakan catatan asal di blog saya. saya boleh sahaja menerima sebarang perkongsian artikel namun perlu ada maklumat dari mana artikel ini diambil..harap maklum
ReplyDelete